Saturday 8 September 2012

Berubat itu wajib


Setiap manusia di dunia pasti pernah menghidap penyakit, sama ada penyakit kronik mahupun penyakit biasa. Mari kita sama-sama kembali semula kepada al-Quran dan as-Sunah mengenai penyakit-penyakit yang Allah ciptakan ini. Semua penyakit yang didatangkan Allah mempunyai ubat kecuali penyakit tua dan mati. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
  • “Mereka bertanya: Ya Rasulullah, apakah kami berubat? Baginda menjawab; Ya Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah meletakkan penyakit dan diletakkan pula penyembuhannya, kecuali satu penyakit iaitu penyakit ketuaan dan kematian.” (Riwayat Abu Sunnah).
  • “Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.”
    (Riwayat Abu Daud)
Hendaklah kita berusaha untuk mengubati sesuatu penyakit dan janganlah sesekali kita berserah kepada takdir tanpa berusaha terlebih dahulu. Jika tidak dengan ubatan moden, ubatan traditional juga boleh dicuba. Ubatan traditional adalah bersumberkan dari tumbuhan. 

Setiap tumbuhan mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Begitu juga tumbuhan liar, walaupun ia hidup di kawasan tanah terbiar, ia  mempunyai keunikan dan khasiatnya tersendiri.

No comments: