Penggunaan Herba


SENARAI HERBA
DAN KEGUNAAN DALAM RAWATAN ISLAM
PENAFIAN: Pimilik Blog ini tidak bertanggungjawan keatas sebarang kerosakan, kerugian atau mudarat fizikal akibat penggunaan bahan yang dicatat di blog ini. Penggunaan setiap satunya hendaklah merujuk kepada mana-mana perawat Islam yang diiktiraf.

1. Dukung Anak (Phyllanthus Niruri)


Nama botani Dukung Anak ialah Phyllanthus Niruri dan ia termasuk dalam famili Eurphorbiaceae. Di Malaysia, ia dikenali sebagai Dukung Anak. Nama vernakular lainnya adalah Kelek Anak, Meniran (indonesia) dan Bhuaionla, Kiranelligida (india).

Pokok ini hidup meliar seperti dicelah retakan simen dan tanah terbiar. Setiap bahagian dari pokok ini seperti akar, daun, buah, jus dan keseluruhan tumbuhan ini mempunyai nilai perubatannya tersendiri. 
Antaranya:
  • Akar- penawar untuk penyakit kuning (jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir.
  • Buah- digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis buta (scabies) dan kurap.
  • Daun- dilumatkan dan dicampur dengan sedikit garam bisa dan boleh merawat jangkitan kudis buta (scabies). Jika tidak dicampur dengan garam, ia boleh ditampal pada luka, lebam dan ia juga boleh digunakan untuk merawat bisa gigitan ular.
Terdapat beberapa pandangan terhadap tumbuhan ini iaitu:
i.   Merujuk kepada tradisi turun temurun, air rebusan pokok ini dicampurkan bersama pokok semalu dan diminum untuk mengubati penyakit hepatitis B yang paling mujarab bagi orang dewasa mahupun kanak-kanak.
ii.  Mengikut perubatan Ayurveda, ia digunakan sebagai:
  • penghilang dahaga
  • bronchitis,
  • anemia
  • penyakit kelenjar kencing
  • asma
  • berak berdarah (kaedah perubatan unani dari India)
Walaupun masih sukar untuk menentukan apakah kandungan dalam tumbuhan ini yang menyebabkan ia mempunyai nilai perubatan yang tinggi, ada kajian yang menunjukkan ia memberikan kesan positif untuk mengubati penyakit hepaptitis B.

No comments: